PUTRAJAYA: Lima penuntut Malaysia dari National University of Ireland, cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari sebuah pekan kecil, Letterkenny ke Galway, Ireland, jam 6 petang waktu tempatan pada Jumaat lalu.

Kementerian Luar memaklumkan, semua mangsa terbabit dihantar ke Mayo General Hospital di Castlebar, untuk rawatan kecemasan.

“Tiga mangsa dilaporkan cedera ringan dan sudah dibenarkan pulang, manakala dua lagi masih dalam rawatan di hospital itu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian Luar memaklumkan, pihaknya melalui kedutaan di Dublin, Ireland, akan terus memantau keadaan mangsa serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya – berita harian