Tanjung Malim : Enam Sekeluarga terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah Lam Leong Choy, 76, Low Wai Loon, 46, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13, dan Lam Wai Keat, 38.

Jurucakap Bomba berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu,btreler membawa muatan tanah yang menghala ke arah utara itu, dipercayai hilang kawalan dan terbabas akibat tayar pancit sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan yang bertentangan.

10

Kesemua mangsa mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat pertalian hubungan mangsa yang terkorban,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Pemandu treler yang mengalami kecederaan ringan dikenali sebagai Muhammad Syahrul Nizam Anuar berusia 27 tahun, kini dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Hulu Selangor untuk menjalani ujian air kencing dan darah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.42 pagi dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa satu jam lima belas minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu,” katanya.

Operasi mengeluarkan mangsa lima lelaki dan seorang wanita itu selesai 9.40 pagi tadi.

1