IPOH: Kira-kira 8,000 yang terdiri pelbagai kaum di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya telah menyertai ‘Ipoh Car Free Day’ yang berlangsung di Jalan Raja DiHilir.

Program yang bermula sejak jam 7 hingga 10 pagi itu merupakan kali ke 35 sejak ia diadakan pada Oktober 2015.

Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria berkata, program itu selain untuk mencapai objektif ke arah sebuah Ipoh sebagai bandar sukan dan rendah karbon, ia juga meningkatkan indeks kebahagian di kalangan wargakota dan memupuk kesedaran alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh.

Di samping itu, katanya, ia juga merupakan agenda perbandaran baru bagi mempercepatkan pencapaian ‘sustainable development goals”.

“Pada bulan ini, kita meraikan tema utama Car Free Day iaitu Majlis Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Tahun 2018 Peringkat Negeri Perak.

“Selain itu, kita juga turut meraikan Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Sambutan Hari Lelaki Sedunia, Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Sambutan Hari Diabetes Sedunia,” katanya.

Program itu telah menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama menyertai acara yang telah disediakan oleh pelbagai.

Antaranya pihak PUSPANITA, bomba, polis, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, eramai 200 orang menyertai Kayuhan Santai Bersama MKJR Negeri Perak @ Ipoh Car Free Day yang dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Nor Sham Rahman.

Turur hadir Pengarah JKJR Negeri Perak , Vigneswaran a/l Chinniah Chettiar, Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBI.

Antara acara yang diadakan ialah senamrobik, kayuhan basikal imbang untuk kanak-kanak, pertandingan menjahit, forum, kuiz Maulidur Rasul dan pemeriksaan kesihatan percuma.