KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Shah Alias Norbit meninggal dunia di kediamannya di Taman Keramat, di sini pada usia 68 tahun, semalam.

Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Reezal Merican Naina Merican yang memaklumkan berita sedih itu menerusi akaun Twitternya, mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham yang pernah beraksi di posisi tengah serta kedua-dua sayap kanan dan kiri bersama skuad kebangsaan dan Selangor.

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), yang sempat melawat arwah yang menderita akibat kencing manis dan darah tinggi bagi tempoh yang agak lama pada tengah hari semalam, turut mengucapkan takziah menerusi Twitter.

Allahyarham yang pernah mewakili negara dalam beberapa perlawanan penting dan menjadi jurulatih beberapa pasukan negeri, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 6.15 petang.