KUALA LUMPUR : Sejumlah 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 26,565 dengan 9,202 kes aktif.

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

1) Terdapat 579 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 17,134 kes atau 64.5 peratus.

2) Sebanyak 99 kes sedang dirawat di ICU dengan 30 memerlukan bantuan pernafasan.

3) Terdapat pertambahan lapan kes kematian dengan semuanya direkodkan di Sabah.

4) Sembilan kluster baharu dikenal pasti termasuk empat di Sabah.

5) 823 kes baharu positif direkodkan dengan 9,202 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.