PASUKAN bomba menyelamatkan remaja lelaki yang cuba terjun dari tingkat lima Apartmen Medan Cahaya, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, mangsa sempat ditarik seorang anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, seramai 13 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta Sungai Penchala bergegas ke lokasi.

“Kami menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang remaja cuba terjun dari tingkat lima sebuah apartmen.

“Pegawai yang ke lokasi cuba memujuk remaja itu sebelum menyelamatkannya. Dia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana berada dalam keadaan lemah,” katanya.