KUALA LUMPUR 27 Okt. – Kerajaan mengumumkan setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari tahun depan sehingga tahun 2022, akan dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.

Kata Perdana Menteri, pemberian dana itu disalurkan menerusi Unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Usaha ini demi menjamin masa depan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang lebih cerah,” katanya sewaktu berucap pada pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE