PUTRAJAYA, 12 JAN – Beberapa Ordinan boleh dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam tempoh darurat bagi memudahkan urusan dan mengatasi peraturan menyukarkan termasuk mengukuhkan aspek penguatkuasaan dalam mengawal penularan pandemik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini termasuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi membolehkan denda dan penalti lebih berat dikenakan.

“Bagi menghalang sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang yang keterlaluan, boleh dimasyhurkan oleh baginda dengan hukuman lebih berat boleh dibuat.

“Semua ordinan yang dimasyhurkan ini akan diwartakan dan diketahui oleh rakyat,” katanya dalam pengumuman khas darurat hari ini. – K! ONLINE