KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat perkenan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menunjukkan jumlah ahli parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

Pada sidang media pagi ini, Mahathir memberitahu bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

“Agong telah membuat keputusan untuk tidak berjumpa saya lagi tetapi untuk melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri jadi saya tidak mempunyai peluang untuk memberitahu Agong bahawa dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti. Itu sahaja. Saya tidak boleh berkomunikasi dengan istana […] “katanya.

Justeru katanya, majlis angkat sumpah di Istana Negara jam 10.30 pagi ini menyaksikan seorang anggota parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan.

“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.

“Ini satu situasi yang pelik,” kata Mahathir kepada pemberita di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur.

Menurut pengerusi Bersatu, beliau mempunyai sokongan 114 ahli parlimen.

Angka 112 itu merupakan majoriti mudah di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 jumlah wakil rakyat.