IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meninjau kesan kerosakan akibat ribut sewaktu hujan lebat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pinji di sini hari ini.

Menurutnya, ribut telah menyebabkan beberapa pokok tumbang dan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan bantuan anggota Bomba Sukarela serta penduduk membersihkan dahan-dahan pokok yang tumbang.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

“Tetapi ada kalangan penduduk terpaksa mencari perlindungan sementara di rumah saudara mara dan pusat pemindahan sementara,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Turut sama dalam tinjauan di kawasan kejadian ialah ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How.