IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta di sini jam 9.10 pagi tadi untuk menghadap Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Semalam Ahmad Faizal mengumumkan ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu bergabung ADUN UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

Katanya, gabungan itu mempunyai jumlah majoriti, iaitu 32 kerusi selepas ADUN Kuala Kurau (PKR), Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau-PKR) dan ADUN Tualang Sekah (Bebas), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi menyertai BERSATU.