SATU daripada aisberg terbesar dunia dilaporkan telah mula terpisah dan ia dikesan oleh tentera Britain yang melakukan rondaan udara.

Bongkah aisberg itu dianggarkan tiga kali ganda lebih besar daripada kota raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg.

Aisberg itu hanyut di lautan dan dalam laluan untuk merempuh Wilayah Seberang Laut Britain.

Ia adalah sebesar satu pulau kecil dan diberi nama A-68-D.

Ia dilaporkan terpisah akibat arus di sekeliling aisberg utama.

Aisberg ini dilaporkan berkedudukan sekitar 30 batu nautika di Pulau Selatan Georgia, di sekitar tenggara Argentina.

Ketika ini tidak dapat dipastikan kesan aisberg ini kepada hidupan liar di Pulau Selatan Georgia.

Aisberg berkenaan kini dipantau untuk ditentukan sama ada ia akan hanyut atau kekal di kedudukan itu. – AWANI