Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada diplomat Korea Utara di dalam dan luar negara supaya tidak menjadikan Malaysia ini sebagai tapak untuk menjayakan agenda mereka.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semua diplomat Korea Utara dinasihatkan supaya tidak menggangap Malaysia seperti negara yang pernah mereka perkotak-katikkan.

“Kita tegas untuk menjamin keselamatan rakyat.

“Jangan guna Malaysia sebagai tapak untuk mereka melakukan karenah yang boleh dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 KDN di sini, hari ini.

-myMetro