PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak lelaki seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Menurut sumber, suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Suspek dipercayai menjadi proksi kepada bapanya yang juga seorang Ahli Parlimen yang sudah ditahan SPRM, baru-baru ini.

Kata sumber itu, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.

Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Penahanan terbaharu itu menjadikan lima individu sudah direman sejak 26 September lalu termasuk Ahli Parlimen berkenaan berhubung kes sama – berita harian