Subscribe Now

Trending News

Annuar wujudkan TSAM Army
Sukan

Annuar wujudkan TSAM Army

KOTA BHARU 5 Feb. – Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan penubuhan sebuah akademi bola sepak yang dinamakan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army).

TSAM Army mempunyai matlamat melahirkan seramai mungkin pemain bola profesional di negara ini dengan memberi fokus terhadap bakat baharu berusia antara 9 hingga 16 tahun.

Annuar yang merupakan Presiden Al Hamra Group berkata, TSAM Army akan beroperasi di 12 pusat latihan iaitu 10 pusat latihan untuk pelatih berusia 9 hingga 12 tahun dan dua pusat latihan untuk pelatih berusia 13 hingga 16 tahun.

“TSAM Army akan memulakan pencarian bakat baharu secara terbuka di pusat-pusat latihan tersebut pada 10 Februari ini dan kita jemput semua anak-anak dalam lingkungan umur ini untuk menunjukkan bakat masing-masing.

“TSAM akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Februari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Cengal,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pengisytiharan TSAM Army di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related posts