KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media khas tengah hari ini untuk membuat satu ‘pengumuman penting’.

Jemputan media yang diedarkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pagi ini menyebut, sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara, jam 12 tengah hari.

“Harap maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting,” katanya.