KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kereta jenis Lexus yang membawa Anwar tiba di perkarangan Istana Negara melalui pintu dua pada jam kira-kira 2.30 petang.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan berhubung perkembangan politik semasa dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Anwar dipercayai tiba di Istana Negara dari ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menghadiri mesyuarat khas parti.

Pagi tadi, Anwar bersama Dr Wan Azizah dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga sempat mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines.