Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang Dipertuan Agong pada Selasa lalu namun ditangguhkan selepas baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dengan sokongan, majoriti kukuh dan meyakinkan ini bermakna pada saat ini kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh,” katanya dalam sidang media khas hari ini.