PUTRAJAYA : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat keluar dari Pejabat Perdana Menteri pada jam 10.25 pagi tadi.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini muncul di Pejabat Perdana Menteri, tetapi gagal menemui Dr Mahathir Mohamad.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dan Dr Wan Azizah selaku Presiden PH, masing-masing tiba secara berasingan pada jam 9.26 pagi

Turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Presiden Amanah merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, mereka berempat dilihat meninggalkan PMO pada 10.26 pagi, manakala Menteri Belia dan Sukan yang juga ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar pada 10.21 pagi.

Perdana menteri dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pembangunan negara pada 11 pagi ini.