Oleh:Nazialita Geynna Maharan

KAMPAR: Pertemuan tanpa dirancang ketika mewakili negara dalam sukan Paralimpik di Asian Game, Incheon, Korea tiga tahun akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Majlis persandingan kedua-dua atlit Paralimpik negara yang istimewa ini, Mohd Shahmil Md Saad, 31 Dan Rafidah Mohamad Shahir, 38,yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampar diadakan dengan begitu meriah sekali pada Ahad.

IMG-20171120-WA0061

Lebih menarik, masing-masing Shahmil yang merupakan atlit angkat berat negara serta Rafidah yang merupakan atlit boling turut diarak oleh rakan-rakan atlit Paralimpik seperjuangan negara dalam hari persandingan mereka.

Walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki, Shahmil tampak begitu yakin memimpin isterinya, Rafidah yang ayu berbusana dan diraikan dengan begitu meriah oleh sekitar 500 pengunjung sebagai raja seharian dalam majlis serba ringkas itu.

Kedua-dua Rafidah dan Shahmil ketika ditemui astro awani berkta, selain berasa bersyukur kerana dipertemukan sewaktu membawa nama malaysia mereka juga berharap perkahwinan tersebut akan berkekalan sehingga ke jannah.

Rafidah berkata sesi perkenalan mereka bermula di Incheon dan ianya bermula sebagai hubungan persahabatan.

“Tak lama kemudian, Shahmil memutuskan untuk membawa hubungan kami ke peringkat lebih serius dan melamar saya.

“Saya sendiri tak percaya bahawa delegasi ke luar negara itu merupakan satu takdir untuk kami berdua mendirikan rumah tangga pada hari ini,”katanya kepada Astro Awani ketika ditemui di hari persandingannya.

Sementara itu, Shahmil mengucapkan rasa syukurnya kerana dipertemukan seorang wanita yang seangkatan malah memahami kerjayanya sebagai seorang atlit paralimpik negara.

“Bukan semua yang dapat menerima keadaan saya seperti ini, dan memahami bidang tugas kerjaya saya yang tidak tentu, jadual yang ketat dan sebagainya tetapi mujur Rafidah juga seorang atlit.

“Saya anggap jodoh ini amat indah, kerana perkenalan kami tidak lama, dan saya berharap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami,”katanya yang dikerumi rakan-rakan paralimpik yang tidak putus mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai ini.

Dalam majlis tersebut, pasangan tersebut turut berkesempatan melakukan dua perkahwinan serentak bersama adik lelaki kepada Rafidah.

Majlis yang cukup sederhana itu jelas membuktikan bahawa cinta dan jodoh tidak mengenal erti paras rupa dan fizikal seseorang malah kebahagiaan tersebut turut dikongsi bersama rakan-rakan paralimpik seangkatan yang lain.