BOTA: Rutin membeli baju raya bagi pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini, hari ini, diceriakan dengan kehadiran isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli dan rombongan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).

Saripah selaku Yang Dipertua BAIDURI berkata, seramai 40 pelatih di PDK tersebut diberi peluang memilih busana raya dengan citarasa masing-masing di pasaraya yang dipilih sebagai lokasi program itu.

Baiduri-pdk-bota 2
Beliau berkata, program tahunan itu yang menjadi tradisi BAIDURI akan dianjurkan secara berperingkat mengikut giliran daerah dan disalurkan melalui pengerusi Program Semai Bakti Daerah masing-masing.

“Semua anak teristimewa ini dibawa ke pasaraya terdekat, termasuklah mereka yang tidak dapat berjalan bagi membuatkan mereka merasai nilai penghargaan kami yang tidak pernah luntur.

‚ÄúPada kami, mereka tetap ahli komuniti kami di Perak,” katanya kepada Suara Perak.

Baiduri-pdk-bota