PUTRAJAYA – Bajet 2018 yang bakal dibentangkan hari ini dijangka menjadi belanjawan paling komprehensif seterusnya mencerminkan pe­rancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bajet itu akan mengutamakan kepen­tingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa me­ngira fahaman politik.

Menurutnya, bajet tahun ini adalah berdasarkan unjuran purata harga minyak mentah AS$50 (RM211) setong berban­ding AS$45 (RM190) pada tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan bakal memperkenalkan lebih banyak program untuk rakyat termasuk yang belum dilaksanakan sebelum ini selain memberi penekanan terhadap isu berkaitan belia, agenda bumiputera, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pelan tindakan masyarakat India dan Cina.

“Bajet ini melambangkan pe­ngurusan kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan berhati-hati tetapi pada masa sama sa­ngat mengambil berat terhadap kepentingan rakyat yang menjadi asas utama sesebuah negara,” katanya di Kompleks Kementerian Kewangan di sini semalam.

-Kosmo Online