KUALA LUMPUR: Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini diharap dapat memberikan hala tuju yang jelas langkah kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan kewangan awam.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata bajet kali ini dijangka dapat menyumbang dalam menyediakan ekosistem bagi membolehkan ekonomi terus berkembang.

Beliau berkata, Bajet 2019 juga diharap insklusif supaya sebahagian besar komuniti mendapat manfaatnya.

“Semua pihak mengharapkan bajet yang dapat menyumbang dan menyediakan ekosistem ekonomi untuk terus mencatatkan kemajuan dan perlu insklusif.

“Diharapkan (Bajet 2019) menyediakan beberapa hala tuju masa depan mengenai bagaimana kedudukan kewangan awam akan diperkukuhkan,” katanya dalam satu temubual di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai harapan Bajet 2019 yang akan dibentangkan buat pertama kali oleh kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan – berita harian