Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima lapan buah motosikal Kawasaki Ninja 250 bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengawal keselamatan khususnya di sekitar kawasan tumpuan pelancong.

e275220f-af3e-4aad-85ce-4f9617a4de1c

Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran), Superitendan Muhammad Nordin Abdullah berkata motosikal itu bakal digunakan oleh anggota URB dalam melaksanakan rondaan berkala di kawasan hotspot bagi meningkatkan rasa selamat di kalangan masyarakat sekaligus mengurangkan kadar jenayah.

Katanya, ianya selaras dengan saranan kerajaan negeri dalam mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan tumpuan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017.

496d659f-b80d-4fd5-a199-98ca8415a6ea

“Ini adalah kali pertama bagi Balai Polis Sentral di IPD Ipoh menerima lapan buah motosikal pada tahun ini dan diharap ianya akan menjadi pemangkin kepada kekurangan jenayah di sekitar bandaraya ini,” katanya yang mewakili Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan penyerahan kesemua motosikal tersebut kepada URB sambil diiringi oleh Ketua Polis Balai Sentral, Asisten Superitendan Mohamad Sahran Termizi pada pagi Rabu.

Jelasnya, sehingga kini terdapat 74 buah URB di sekitar Ipoh dan berfokuskan kepada kawasan hotspot seperti Balai Polis Bercham, Kg Rapat, Jelapang, Pasir Puteh dan Sungai Senam di mana secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat yang menjadi mata dan telinga polis.