IPOH: Bangunan baru di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dijangka siap Mac tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Intergrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu, bangunan blok wanita dan kanak-kanan serta Pusat Kardiologi (MCH) itu mempunyai 10 tingkat.

Menurut beliau, perkhidmatan yang disediakan adalah pedeatrik, ginekologi dan kardiologi.

“Proses `testing’ dan `commissioning’ latihan anggota dam perolehan aset perubatan dan bukan perubatan akan mengambil masa tiga hingga enam bulan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Lim Pek Har (DAP-Menglembu) di sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Menjawab soalan wakil yang sama, Dr Mah berkata, kerusi di dalam wad hospital itu adalah mencukupi dan setiap katil disediakan sebuah kerusi sebagai kemudahan pesakit dan waris.

Menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang), beliau berkata, setakat ini terdapat 11 ambulan di di hospital berkenaan dan ia adalah mencukupi.

Bagaimanapun, beliau mengakui memang berlaku sedikit masalah ketika waktu tertentu, khususnya apabila berlaku banyak kes kecemasan dan keperluan untuk penyelenggaraan.