IPOH: Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila hanya 87 orang daripada 30 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian, setakat jam 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD), berkata bilangan mangsa semakin menurun berbanding 177 mangsa daripada 50 keluarga yang dilaporkan, petang semalam.

“PPS Surau Nurul Jannah Parit di daerah Perak Tengah yang menempatkan 16 orang daripada empat keluarga ditutup pada jam 8 malam tadi.

“Sementara, mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian yang menempatkan 74 orang daripada 16 keluarga pula ditutup pada jam 4 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

PPS di SK Alor Pongsu di daerah Kerian kekal 87 orang daripada 30 keluarga – berita harian