KUDAT: Hasrat Perdana Menteri untuk menaikkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 bakal direalisasikan kerajaan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di sini hari ini berkata, mekanisme pelaksanaannya akan diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat, September depan.

“Sebab itu saya kata, kita hendak kaji bantuan yang diberikan JKM. Saya telah bincang di Kabinet, kita hendak tengok bagaimana hendak tentukan kumpulan yang paling teruk terjejas di bawah ini bantuannya akan ditambah.

“Maksimum kita bagi hampir RM1,000. Bila hendak mula? Kita tengok belanjawan yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebelum hujung tahun ini,” katanya ketika berucap dalam program ramah mesra bersama sahabat Amanah Ikhtiar.
-UTUSAN ONLINE