GERIK – Sebuah bas membawa 29 penumpang dan dua pemandu terbabas lalu terbalik di Kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini, sebentar tadi.

Maklumat awal dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik memaklumkan terdapat 12 orang termasuk seorang bayi mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Menurut Ketua Operasi, Mohd Nizam Zakaria, anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes berkenaan pada jam 3.48 petang.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres terbabas dan terdapat mangsa di dalamnya. Operasi penyelamatan sedang dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, bas itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Perlis.

Sinar Harian akan cuba mendapatkan maklumat berhubung kes ini dari semasa ke semasa – sinar