KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengajian tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata penangguhan itu membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.