IPOH: Penduduk di sekitar Flat Ashby di sini digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan dalam sebuah beg kertas di hadapan rumah pangsa Jalan Hospital di sini, tengah malam tadi.

Difahamkan, bayi yang masih bertali pusat itu ditinggalkan tergantung pada cermin sisi kereta sebelum ditemui pemilik kenderaan terbabit kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Bayi malang ditemui dalam keadaan kesejukan dan lapar selepas dipercayai ditinggalkan lebih empat jam sebelum ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias mengesahkan kejadian itu dan bayi berkenaan ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Nantikan laporan susulan mengenai perkembangan penemuan bayi ini sebentar lagi.