IPOH – Bekas Adun Rungkup, Datuk Sha’arani Mohamad, 68, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi.

Anaknya, Nor Shazila Sha’arani berkata, Allahyarham menghidap kencing manis dan sakit sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, sebelum PRU14, Allahyarham sempat pulang ke Bagan Datuk untuk mengundi walaupun ketika itu sudah uzur.

Ahmad Zahid turut memuat naik berita mengenai pemergian Sha’arani di dalam instagram miliknya.

 

“Masa pagi Ahad ayah ada sebut nama saya dan adik. Kami sempat telefon tapi masa itu arwah dah tak boleh cakap.

“Arwah mula sakit lepas tak jadi Adun. Tapi masa itu tak teruk lagi,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, Allahyarham menjadi Adun Rungkup sejak tahun 2004 selama dua penggal.

Katanya, arwah juga pernah sandang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk.

Nor Shazila berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Langgar, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memuat naik berita tentang pemergian Allahyarham di laman sosial miliknya – sinar