PETALING JAYA : Bekas  pemain dram Ukays, Akel Zainal yang menyertai militan Daish di Syria disahkan terbunuh awal tahun ini kumpulan muzik era 90-an yang menyertai kumpulan pengganas IS pada 2014 disahkan maut dalam serangan udara tentera Russia di Syria, Mac lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Akel Zainal dari kumpulan Ukays terkorban bersama isteri serta dua anaknya berusia dua dan tiga tahun.

“Ini hasil maklumat risikan diterima.

“Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Abu Ain atau Mohd Rafi Udin, 53, yang juga ahli IS dilaporkan maut pada Jan lalu dalam serangan udara Russia di Syria,” kata beliau

Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan rasmi berhubung maklumat risikan tersebut.

“Kami menerima maklumat bahawa rumah Akel di Baghouz terkena serangan bom dari udara pada Mac lalu,” kata beliau, lapor Bernama.

Pada Dis 2018, polis menahan tujuh individu termasuk dua warga Filipina yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas dalam operasi di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah. Bekas ketua polis negara Muhamad Fuzi Harun berkata suspek menerima arahan daripada Akel Zainal untuk melancarkan serangan di negara ini.

Manakala pada Feb lalu, Fuzi dilaporkan Bahagian E8 memberkas dua warga tempatan dan empat warga asing masing-masing dari Singapura, Bangladesh, Filipina dan sebuah negara di Asia Selatan.

“Tangkapan pertama dibuat pada 19 Dis di Johor Bahru melibatkan seorang ahli perniagaan warga Singapura berusia 48 tahun yang aktif berhubung dengan Akel Zainal.

“Suspek membantu menyalurkan dana kepada individu tersebut dan merekrut beberapa individu bagi tujuan melancarkan serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Bahru,” katanya.