PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob didakwa semula di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di lorong kecemasan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Yusoff, 58, didakwa memandu di lorong kecemasan Lingkaran Putrajaya, Kawasan Pentadbiran Nero Selangor pukul 6.27 petang, pada 7 Oktober 2016.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut kaedah 53(1) kaedah lalu lintas Jalan raya 1959 dan boleh di hukum mengikut Seksyen 119 (1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan itu membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Ogos depan untuk keputusan representasi. – K! ONLINE