Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24 jam sepanjang 10 bulan ini dengan menyaksikan keletihan dari segi mental dan fizikal sehingga ada yang hampir menyerah.

Itu luahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang meminta kita mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan tidak mengulanginya lagi.

Dalam status di Facebook miliknya, beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia bersatu dan bersama memerangi wabak COVID-19 dan bukan bertelagah antara satu sama lain.

Perkongsian itu melihat kepada peningkatan kes COVID-19 di negara kita dan dipercayai berkenaan ketidaktentuan politik negara ketika ini.

Sementara itu, satu lagi hantaran beliau di laman Facebook, beliau turut menegaskan, adalah menjadi cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi COVID-19.

Katanyanya, kehilangan keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Beliau turut menyeru agar kerjasama semua pihak untuk mengurangkan kes sekali gus melandaikan lengkung COVID-19 negara ini.