IPOH: Barisan Nasional (BN) telah mempunyai jumlah kerusi yang mempunyai untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Justeru saya akan memohon untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum perkara tersebut.

“Justeru, saya akan memohon untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum akan kedudukan terkini dan mendapatkan perkenan baginda untuk membolehkan kerajaan negeri Perak bagi penggal ke-14 dibentuk sesuai dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Teks kenyataan beliau dibacakan Pengarah Komunikasi dan Media Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa dalam satu sidang media khas di sini, malam ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Negeri Perak, Datuk Azian Osman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang diadakan 9 Mei lalu, BN memperolehi 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah Parti Keadilan Rakyat pula memperolehi 29 kerusi dan PAS memperolehi tiga kerusi.

Berdasarkan kepada keputusan itu, tidak ada parti yang bertanding memperolehi jumlah kerusi majoriti mudah, bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak.

 

BERITA BERKENAANPerbincangan BN-PAS Bentuk Kerajaan Campuran Positif