SITIAWAN: Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berjaya memujuk seorang wanita yang cuba membunuh diri daripada tingkat tiga sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.49 pagi.

“Ia melibatkan seorang wanita berumur 33 tahun yang berada di tingkat tiga hotel yang cuba untuk membunuh diri.

“Anggota berjaya memujuk mangsa dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zaki Zainol tamat pada 10.30 pagi.