TAIPING: Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa jenis batik 3.5 meter dalam reban ayam di Kampung Tebok, Trong, dekat sini, hari ini.

Kehadiran reptilia itu disedari pemilik reban yang melihat ular sawa sedang menelan ayamnya, pada 9.05 pagi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penguasa Bomba Kanan II Rahimi Basirun, berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.10 pagi.

“Ular ular sawa itu memiliki berat kira-kira 13 kilogram. Anggota menangkapnya dengan penjerut khas dalam lima minit,” katanya.

Rahimi berkata, ular itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan yang jauh daripada penempatan penduduk.