KUALA LUMPUR – Setiap pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan warga Malaysia akan menerima RM100 seorang pada akhir Mac ini menerusi skim Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).

Keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar IPT.

“Bantuan tersebut akan disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 menggunakan mekanisme sedia ada, iaitu kad debit Bank Rakyat yang merupakan penambahanbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu.” kata Kementerian kewangan dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan pengkalan data yang lama seramai 1.2 juta pelajar dijangka menerima manfaat daripada bantuan tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta

Perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak, menurut kenyataan tersebut.

Kementerian Kewangan berkata, penyaluran BPPT dibuat selaras dengan pengumuman kerajaan pada 20 Februari lalu untuk memberi bantuan sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 kepada golongan bujang berikutan saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi lebih perharian kepada usaha-usaha membantu rakyat menangani beban sara hidup.

Bayaran BSH untuk golongan bujang itu akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta. – MalaysiaGazette