Seremban: Mayat seorang budak perempuan ditemui terapung di sebuah rumah kelab di Sendayan, di sini, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian 6 petang, budak berusia enam tahun itu dipercayai lemas beberapa jam sebelum itu.

Katanya, ketika kejadian tiada sesiapa mengetahui kehadiran kanak-kanak terbabit sebelum mayatnya ditemui terapung.

“Pada masa kejadian, ahli keluarga mangsa dikatakan sedang makan sebelum menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.

“Mereka dikejutkan sebaik dimaklumkan penemuan mayat kanak-kanak terapung dalam kolam,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini untuk bedah siasat, pagi ini.

-myMetro