KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki dijatuhi hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh 23 mangsa dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun selepas mendapati pembelaannya gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pembelaan.

Terdahulu pada prosiding yang bermula tepat jam 3 petang, tertuduh yang memakai kemeja-T hitam putih kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.-BH