PUTRAJAYA: Cadangan untuk menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun akan dibawa ke sesi Parlimen akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata cadangan itu juga sudah dimaklumkan dan dipersetujui Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Cadangan nak turunkan tahap umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun sudah dibincang dengan Peguam Negara dan beliau juga sudah bersetuju.

“Saya agak yakin, pada November sesi Parlimen akan datang atau tahun hadapan, kita akan muktamadkan di mana had umur pengundi akan diturunkan .

“Ini pastinya memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Felo Perdana yang disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini – berita harian