Polis tahan 31 kaki judi laga ayam
BAGAN SERAI, 11 Jan: Seorang penjawat awam antara 31 kaki judi laga ayam yang ditahan dalam serbuan di ladang kelapa sawit di Changkat Lobak, Alor Pongsu di sini, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, dalam serbuan yang dibuat bermula jam 3.00 petang…
Perak naik taraf stesen bas jadi lebih moden
KUALA KANGSAR, 11 JAN – Perak akan membangunkan semula stesen bas daerah di seluruh negeri dalam usaha untuk menaik taraf pengangkutan awam di negeri itu. Terbaharu, stesen bas Kuala Kangsar akan dibangunkan dengan kerjasama antara syarikat swasta dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Pengerusi Jawatankuasa…
10,000 lagi pegawai banci diperlukan
PUTRAJAYA, 11 JAN : Kira-kira 10,000 lagi pegawai banci diperlukan untuk pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) fasa kedua iaitu secara bersemuka kunjungan rumah ke rumah. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pada masa ini seramai 43,000 pegawai banci telah…
Taburan hujan tinggi punca paras air empangan TNB meningkat mendadak
KUALA KANGSAR, 11 JAN – Kadar taburan hujan yang tinggi di kawasan empangan bermula awal Disember telah menyebabkan paras air di semua empat empangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sepanjang Sungai Perak meningkat dengan mendadak. Kadar kenaikan paras air di Empangan Temengor, Bersia, Kenering dan…
Sugu dikenakan bon berkelakuan baik
IPOH, 11 JAN : Suami kepada YouTuber masakan popular terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengenakan perintah bon berkelakuan baik selama tiga tahun kerana memiliki senjata berbahaya. Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, M Sugu yang juga pekerja…
Wanita maut, lima ahli keluarga cedera
Sitiawan, 11 Jan : Wanita maut manakala lima cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 21 Jalan Sitiawan-Kayan, di sini, petang semalam. Kemalangan dipercayai berlaku pada 3.30 petang sebelum mangsa, Noratikah Syakira Azman, 22, menghembuskan nafas terakhir di wad kecemasan Hospital Seri Manjung (HSM)…
29 ditahan serbuan dua pusat hiburan
IPOH, 11 JAN : Seramai 29 pengunjung termasuk seorang lelaki warga Vietnam ditahan dalam serbuan Op Pusat Hiburan di dua buah premis di Manjung malam semalam. Serbuan pada pukul 8.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis…
LKIM sedia RM1 juta bantu nelayan terjejas banjir
TAIPING, 11 JAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai bantuan awal kepada kumpulan nelayan di negeri-negeri yang terjejas banjir. Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, peruntukan di bawah Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan itu…
Cadangan aktifkan semula Lapangan Terbang Pangkor
LUMUT 10 JAN : Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengaktifkan semula operasi Lapangan Terbang Pangkor yang terbiar sejak kira-kira tujuh tahun lalu. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini melibatkan jenis pesawat yang boleh mendarat serta keadaan…
Perak utamakan ‘buatan Malaysia’
IPOH 10 JAN : Perak akan mengguna jenama tempatan sebagai pakaian sukan pasukan Liga Super mereka dalam kancah Liga Malaysia musim 2021. Langkah itu bertujuan membantu industri pakaian tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. “Kita semua tahu sektor ekonomi kita terjejas akibat Covid-19, ramai…
Stay connected