PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 287 kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat sekali gus merupakan jumlah kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes tersebut merupakan kes penularan tempatan, tiada langsung kes import.

Menurut beliau, negeri Kedah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 129 kes diikuti Sabah, 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.