KUALA LUMPUR: Sebanyak 293 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga 4 Oktober 2020 jam 12:00 tengah hari Ahad.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia melibatkan 292 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,381 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,961 kes.

Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

KKM juga maklumkan terdapat 67 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10, 283 iaitu 83.05 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.\

Sehingga kini, terdapat 28 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, tiada kes kematian baharu melibatkan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 137 kes (1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).