PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi jangkitan COVID-19 di negara ini apabila sejumlah 317 kes baharu dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua kes yang melibatkan jangkitan dalam negara itu kebanyakannya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

“Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

“Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes.

“Penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah (102 kes) dan Selangor (32 kes),” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 121 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 10,216 kes.

“Sehingga kini, 29 pesakit positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, satu kematian berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat 137 kes.

Image may contain: ‎text that says "‎STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA 3 Oktober 2020 ن KESIHATAN 1.13% Kes baharu New 317 Kes import Kes tempatan 317 14.35% Jumlah kes aktif Total active cases kes 1,735 12,088 ICU termasuk 29 Kematian baharu New death 1 Jumlah kematian TotalDeoths 137 Kes sembuh baharu New ecovered cases 121 TotalRecoveredcases Jumlah kes sembuh UKK@MOH OIRGHOH SUMBER: CPRC 10,216 84.52% bantuanalat pernatasan‎"‎