KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 489 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Malaysia sebanyak 13,993 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Sabah kembali mencatatkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 282 kes.

Bagi tempoh sama juga, Kedah menjadi negeri kedua tertinggi dengan pertambahan sebanyak 153 kes menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negeri itu sebanyak 1,600.