KUALA LUMPUR: Sebanyak 691 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara dalam tempoh 24 jam, demikian diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Menurut beliau, sebilangan besar daripada jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini merupakan penularan di Kedah sebanyak 397.

Kluster Tembok, Penjara Alor Setar mencatat angka 394 kes.

Angka kedua tertinggi dicatatkan pula, jelas Dr Noor Hisham, ialah dari Sabah iaitu sebanyak 219.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan Malaysia mencatatkan 432 kes positif COVID-19.

Daripada jumlah itu, 429 kes adalah penularan dalam negara yang melibatkan 409 warga tempatan dan 20 rakyat asing.