IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas mendapat maklumat pemandu peribadinya merupakan kontak rapat kepada salah seorang pesakit yang positif COVID-19.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, Abdul Yunus mula kuarantin selepas tidak hadir pada Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, semalam.

“Beliau adalah kontak kedua, jadi beliau perlu melalui satu test swab dan apabila didapati negatif beliau bolehlah meneruskan tugas seperti biasa.

“Bagaimanapun, sebelum beliau didapati negatif, beliau mesti mengasingkan diri terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita
selepas majlis penyampaian insentif kemenangan sukan kepada pasukan Hoki dan Kriket negeri Perak di sini.