PUTRAJAYA: Satu lagi kluster dikesan di Kedah membabitkan sebuah pusat perubatan di negeri utara Semenanjung itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster yang dikenali sebagai Kluster Sungai, dengan kes indeksnya adalah seorang anggota kesihatan di pusat perubatan terbabit.

Setakat ini, sudah ada enam kluster dikesan di Kedah, iaitu Kluster PUI Sivagangga, Tawar, Muda, Sala dan Telaga.

“Beliau bergejala sejak 30 Ogos lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September lalu dan didapati positif.

“Kes kedua kluster ini adalah anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga kontak rapat kepada kes indeks.

“Beliau bergejala sejak 5 September lalu dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada tarikah yang sama didapati positif. Kedua-dua kes dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sudah dijalankan manakala sehingga hari ini, seramai 57 orang sudah disaring. – BH