PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 3,309 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 141,533.

Katanya, jumlah kes aktif pula sebanyak 30,390.”Daripada kes baharu itu, sebanyak 3,303 adalah penularan tempatan manakala enam kes pula ada penularan luar negara.

“Pesakit COVID-19 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 190 kes dan 83 daripadanya memerlukan alat bantuan penafasan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 559 (0.39 peratus).

Sementara itu, beliau menambah, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,469 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 110,583 (78.1 peratus). – AWANI